Tuesday, March 24, 2015

7⃣ Kesilapan ❌❌ yang sering dilakukan ketika Melancong ✈️:

✅1. Tidak sabar/marah-marah semasa melancong: Kadangkala apa yang dirancang tidak menjadi. Oleh itu, just enjoy setiap saat yang berlaku semasa melancong dan positifkan diri anda.

✅2. Terlupa menyediakan extra Cash: Cash is a King around the world. Tiada kredit kad? Tiada masalah tetapi tiada cash, besar kemungkinan banyak masalah akan menimpa anda sewaktu melancong.

✅3. Tidak bergaul dengan local people: Jika kita perhatikan, mat salleh gemar bergaul dengan kita semasa melancong di negara ini. Mereka mahu belajar sesuatu yang baru tentang budaya kita. Namun, rakyat Malaysia tidak gemar bergaul dengan bangsa lain semasa melancong ke luar negara. Mungkin faktor budaya atau kita terkenal kerana sifat malu itu.

✅4. Terlalu fokus kepada tempat menarik dan bukan kehidupan di sekitarnya: Kita terlalu obses untuk melihat tempat menarik di sesebuah negara tetapi kita tidak obses melihat kehidupan seharian yang berlaku di sekelilingnya. Cuba pinjamkan masa sejam dua memerhatikan keadaan sekeliling anda ketika melancong dan anda pasti akan tersenyum memerhatikannya.

✅5. Tidak gemar mencuba makanan tempatan: Ahh...ini antara kesilapan besar ketika anda melancong. Local food adalah salah satu signature di mana-mana destinasi. Anda wajib mencuba sekurang-kurangnya sedikit supaya anda dapat membayangkan dan merasai kehidupan yang menghasilkan makanan yang terkenal itu.

✅6. Terlupa mencatat pengalaman manis anda: Kebiasaan pelancong jarang terlupa mengambil gambar tetapi gambar tidak mampu menceritakan kembali pengalaman secara detail. Anda perlukan voice recording / buku jurnal / simpannya di status FB anda supaya anda boleh sentiasa mengenang memori terindah itu.

✅7. Paling teruk adalah merancang untuk tidak merancang: Anda gagal merancang percutian anda hatta anda telah berada di sebuah tempat menarik maka anda sebenarnya mensia-siakan perlancongan anda.

========================

Anda dijemput mendengar tips bagaimana anda boleh melancong ke luar negara bersama keluarga secara PERCUMA ! Juga peluang bercuti ke Istanbul, London, Beijing dan pelbagai tempat menarik di dunia pada harga jatuh dagu/jaw dropped !

Tarikh: Rabu, 25 Mac 2015
Tempat: Pejabat Ikatan Intra Sdn Bhd Berhadapan Sekolah Islam Al-Qari, Kubang Kerian
Masa: 8pm-10pm

Pendaftaran terhad kepada 30 orang pertama sahaja.

Sila hubungi ☎️ Dr Afiq - 0196787869 untuk pendaftaran sebelum terlambat.

Gembirakan keluarga anda dengan bercuti ke luar negara pada harga murah dengan pakej 5 ⭐️

No comments:

Post a Comment